lovely followers

Monday 24 December 2012

DRAMA ENGLISH

HYE :)

setelah penat berlatih , akhirnya kitorang buat jugak persembahan drama english tu..drama nie untuk pelajar yang mengambil subjek foundation english sahaja..hehe..kitorang dikira kumpulan yang paling lambat buat persiapan..kitorang punya skrip pun lambat siap..nak buat macam mana..suka sangat buat kerja last minit..HUHU..kitorang berlatih lebih kurang 2 minggu untuk buat persembahan nie..agak kelam kabut jugak susun masa..hampir setiap malam kitorang berlatih..penat tu semestinya..huhu..berkorban untuk kumpulan kitorang kan..dah tak boleh nak buat macam mana..drama nie untuk tengok kitorang punya pronounciation je sebenarnya..dan untuk tengok kitorang punya keyakinan..

hari persembahan tu..kitorang buat setakat yang kitorang mampu..kitorang gembira sebab persembahan kitorang mendapat sambutan dari kumpulan-kumpulan yang lain..ada respon dari kumpulan lain ketika kitorang berlakon..dan akhir sekali , kitorang memang tak sangka kitorang dapat tempat ke 2..HUHU..tempat keberapa tu kadang-kadang tak kisah ..yang penting , kita puas dengan apa yang kita dah buat.. HEHE.. :)

ni la kumpulan kitorang..ada juga yang takde kat sini sebab pergi kelas..HUHU..dan terselit jugak puan normilah kat situ.. :)

cerita pasal sahabatku :)

syukur alhamdulillah...

doaku telah termakbul..agak lama jugak aku tak berhubung dengan kawan aku yang sorang nie.. dia senyap tanpa khabar berita..HEHE..kitorang boleh dikira rapat la jugak..kitorang suka bertukar-tukar cerita..HUHU..aku terasa juga bila mesej aku dan panggilan aku takde respon dari dia..
akhirnya , dia berhubung semula dengan aku..gembira aku sehinggakan air mata aku keluar..tak payah cakap la betapa gembira nya aku..kitorang berhubung semula melalui facebook..itu pun sebab dia berkawan dengan kawan aku..aku tengok dia komen post kawan aku yang aku juga komen kat post tu..aku terkejut tengok yang dia ada facebook..aku tak taw langsung..dia add aku.. dan kitorang baik macam dulu.. :) berhubung macam dulu.. harap persahabatan kami kekal.. :)

KEM KEGEMILANGAN ANAK KAJAI 2

program yang dianjurkan oleh alumni kolej rahim kajai , ukm dengan kerjasama biro hubungan luar dan alumni kolej rahim kajai , ukm sesi 2012 /2013..
program nie banyak bagi pengalaman kat aku sebagai biro hubungan luar dan alumni..dengan programm nie jugak aku taw macam mana nak uruskan sesuatu kerja tu dengan teratur..banyak cacat-cela yang aku lakukan ketika berlangsungnya program ni..

program yang diadakan pada 22-25 november 2012 nie kenangan pertama aku dan kawan-kawan mengendalikan tugas masing-masing..disini kami dapat belajar sesuatu yang mungkin kami tak dapat ketika disekolah atau matrik dulu.. 

program kami nie boleh dikira berjalan lancar walaupun ada yang tak kena serba sedikit..kegembiraan bersama adik-adik angkat iaitu anak kepada alumni kolej rahim kajai tak dapat dilupakan.. kenangan mengendali karenah diorang..huhu.. 

barisan biro hubungan luar kolej rahim kajai dan ajk setiap post.. :) #NONE BUT THE BEST