lovely followers

Thursday 18 April 2013

KEMBARA YANG DIPERTUA NUR LEMBAH LENGGONG

Assalamualaikum..w.b.t.

Lupa plak nak cerita pengalaman pergi Kembara Yang Dipertua Nur Lembah Lenggong..Program nie dianjurkan oleh Kelab Kembara , UKM..Rasa nya betul la kot..hehe..Join je..Lupa plak tanya anjuran siapa..Tapi Kolej Rahim Kajai pun termasuk sekali..




Hari pertama tu kan , kitorang pergi dalam pukul 3 lebih..mungkin pukul 4..gitu laa..dah lupa..hehe..kitorang sampai dalam pukul 11 malam..nak cari tempat nie punya la susah..papan tanda lenggong tu dah banyak yang lepas tapi tak sampai2 jugak..ingatkan dah sesat sampai mana..last2 , jumpa la 'sign board' yang betul2 nur lembah lenggong tu..masuk la jalan tu..mak aihh..dia punya jalan..sempit..masuk dengan bus plak tu..huhu..dah la masuk hutan..gelap gelita..hewheww..

Sampai je , kitorang makan dan lepas tu 'ice breaking'..tujuannya untuk mengenali antara satu sama lain..dan pembahagian kumpulan untuk mengelakkan setiap kumpulan hanya dengan kawan-kawan diorang je..kenal la jugak dengan orang lain..Selesai pembahagian kumpulan..kitorang ke khemah yang siap didirikan oleh urusetia untuk tidur..

Pada hari kedua , kitorang bersiap dan berkumpul untuk memulakan aktiviti yang pertama..Pagi hari kedua , kitorang dikehendaki membuat rakit sendiri dan rakit yang kitorang buat tu kitorang naik dan berakit selama 2 jam..hewheww..masa buat rakit tu masing2 nak buat rakit yang paling kukuh..kitorang disediakan buluh , tiub dan tali rafia..rakit kitorang ditukar2 antara satu sama lain..yang kurang best nya..kitorang dapat rakit yang tak berapa kemas ikatannya..agak sedih..huhu..pengalaman berakit tu tersangat la best sebab tak pernah berakit..Lepas berakit tu rasa timbul dah 'muscle2'..huhu..

Petang tu plak aktiviti explorace dan ada check point yang kitorang naik flying fox..perghh..part nie pun best jugak..first time..sebelum ni ada jugak join program yang kena naik flying fox tapi saya tak pernah cuba..hehee..tapikan flying fox dia pendek je..baru nak menikmati terbang diudara..tapi alih2 dah sampai bawah..huhu..bawah flying fox tu kan , sungai perak..besar jugak sungai tu..huhu..kitorang jalan kat titian gantung untuk menyeberangi sungai tu semula..dia punya titian tu kan , tengah2 jalan tu rasa macam titian tu senget , padahal takde pape pun..hehe..

Malam tu kitorang santai2 je dengan game yang telah disediakan..makan malam pada malam tu , kitorang disediakan ayam bakar dan nasi goreng..Penat jugak la hari kedua tu..

Hari terakhir , pagi tu kitorang pergi masuk gua..gua yang kitorang masuk , gua asar , gua kajang , gua masjid dan ada beberapa lagi la..dah lupa..hehe..yang best part masuk gua nie time kena menirap untuk keluar dari lubang yang kecil tu..habis kotor baju..huhu..

Selesai perasmian penutup , kitorang pun pulang ke UKM..

'Alhamdulillah , selamat sampai'  ^-^