lovely followers

Monday 25 February 2013

Program PAKKA

Assalamalaikum w.b.t

Program PAKKA iaitu Program Pesan Abang Kakak kepada adik di SMK Alaudin Riayat Shah , Pagoh , Johor selama 3 hari bermula dari 22 Februari hingga 24 Februari 2013.




Program ni melibatkan 7 buah sekolah di kawasan parlimen Pagoh , Johor . Seramai 98 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 terlibat dengan Program nie .

Program seperti ini banyak memberi pengalaman dalam melayan kerenah manusia selain dari pengalaman untuk mengendalikan program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan .Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program nie ialah sherlock homes , sukan rakyat dan count your mind . aktiviti sherlock homes sangat mendapat respon yang baik dari pelajar-pelajar yang terlibat . aktiviti ini adalah explorace dimana mereka perlu mencari klu untuk mengetahui siapa pembunuh dalam cerita yang dilakonkan oleh AJK yang terlibat . sukan rakyat yang dipertandingkan ialah bowling padang dan permainan galah panjang . Aktiviti count your mind , pelajar perlu menjawab soalan-soalan matematik .


Hari pertama kitorang di SMK Alaudin Riayat Shah , Pagoh , Johor
                               Ni la kami barisan AJK keselamatan bersama exco program  :)
                           Berjaga malam untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar terjamin.

Kami singgah di Ladang Herba Nasuha sebelum berangkat pulang ke UKM , Bangi .

"Selamat Tinggal Pagoh" :)